Thursday, May 7, 2009

Ke Sibu

Perjalanan ke Sibu memang mencabar. Mulanya kami ingat nak naik flight jer ke sana. Kebetulan abang ipar aku ambil cuti, so Kak Aida kata naik kereta jer la...jimat sikit. Jimat memang jimat. Berganda2. tapi...ha...ni yang tak tahan. Perjalan hampir 7 jam. Fuh...sampai mabuk teruk aku. Perjalanan naik turun gunung n jalan yang tak rata. Tapi yang bestnya banyak pemandangan yang menarik dapat dilihat. Antaranya rumah panjang, tanaman padi gunung n bentuk2 rumah org sini yang pelbagai rupa. Sampai di Sibu kami terus ke rumah Pakcik Mamat. Pakcik Mamat ni adik ayah aku. Dia berkahwin dengan makcik aku yang memang asal org Sibu dan menetap terus di situ. Sedap hidangan yang disediakan untuk kami. Daging masak hitam. Memang makanan org Sarawak. Nyaman!(maksudnya sedap). Lepas tu kami check-in di Hotel yang ditempah untuk kami. best dapat baring sekejab. Bergegas semula ke rumah Pakcik aku untuk majlis pernikahan. Cantik Fadhiah. Majlis tu dibuat simple tapi menarik. Satu adat org Sarawak yang baru aku tengok, mereka bersalam dengan ibu bapa disertakan mencium lutut mereka. Satu yang baru bagi aku.

Keesokkan harinya, majlis resepsi di Dewan berdekatan rumah pakcik aku. Meriah sangat. Siap dengan tarian dari budak2 sekolah, makanan yang sedap2 n satu lagi adat yang baru...main lumba2 pengantin mana yang dapat suap nasi minyak dahulu. Memang kelakar saat tu. Apapun, memang best majlis kat Sibu. Semoga bahagia Fadhiah. Si cun!



Petang tu kami ke bukit Aub pula...Bukit Aub ni terletak dekat dengan sekolah abg Jie. Abang ipar aku kat asal Sibu juga. So, dia bawa kami ronda la pula bandar Sibu. Bukit Aub ni memang taman yang cantik. Ada tasik yang besar, kawasan bukit yang boleh didaki dan mencabar kerana ada jambatan gantung yang menghubungkan satu bukit ke satu bukit. Kerana aku sedang pregnant jadi tak la aku naik ke sana. hahahaha...yang benarnya takut! Yang seronok bebudak ni la sebab dapat main puas2! Esoknya kami pulang ke Kuching...Perjalan yang sama...penat sungguh!

Minggu Pertama

Minggu pertama haritu kami tak berjalan sangat. aku masih lagi mabuk sikit2. Mak pun kurang sihat. Jadi, kami hanya duduk di rumah...sampai Dhia yang kebosanan membuli saja Irdhina. Teruk Dhina n Amir dibuli. Dhia jadi manja giler...semua kehendak, abang n kakak dia kena patuhi.

Masa malam lak kami penuhi dengan jalan2 sekitar rumah Kak Aida jer...apalagi...jalan2 cari makan la. Antara tempat yang kitorang pergi, Pasar Satok, MJC, Waterfront (makan pisang goreng n air teh yang speacial - dibuat dari gula apong dan berwarna warni.).

Hari minggu tu la baru kami berjalan. Pergi ke Santubung...punyalah jauh. abang ipar aku takder, ke KL untuk Pesta buku. Jadi, aku la yang kena bawak kereta. Ingatkan dekat, bawak punya bawak hampir sejam baru sampai ke Pantai Santubung. Tapi malnagnya, laut masa kami pergi tu tengah surut. Jauh bermeter2 airnya...frust Dhia tak dapat mandi. Lepas tu kami pergila ke kampung Budaya, ingatkan nak masuk. Belum sampai ke pintu utama...Dhia dah buat hal...susah nak mengendalikan Dhia tanpa lelaki. Jadi tak dapatlah kami melawat ke situ. Frust!
Yang lainnya...kami cuma ronda2 bandar Kuching...habis pusing semua tempat...tak boleh singgah sebab Dhia aktif...hahahha...tengok dari tingkap kereta jerla...yang boleh...pergi makan2 jer la.