Saturday, November 7, 2009

Dua Permata

Dhia
Sian Dhia...teruk kena marah sekarang...nakal sgt Dhia sekarang. Tapi bab rajin memang tak dapat disangkal. Dialah penolong aku. "Dhia..tolong ambik pampers"..."pampers mama"...tolong itu, tolong ini...semua hia tolong. Thanks sayang. Tapi yang tak bestnyer bila nakal dia datang. Sekarang ni Dhia rajin sgt nak conteng dinding...habis umah atuk dia. Lagi satu kuat jalan. yang jadi mangsa atuk dia juga, kena bawak Dhia ke mana sahaja. Tempat yang paling Dhia suka warungla. Setiap pagi n petang. Roti telur n nescafe. Ramai org kampung ni yang Dhia kenal dari aku. Tak kurang juga cina2 tua kampung ni memangla suka kat Dhia. Siap yg datang umah lagi ajak gi warung. Penyeri warung kampung lak dia ni.
Apa2 pun kadang2 macam tu la bila dah ader anak lebih dari satu...yg tua pasti kena marah. Dan memangla azalinya yg tua tu akan buat perangai...dan aku yg kurang sabar ni memangla mudah nak marah n denda dia. Maafkan mama yer...tapi Dhia memangla nakal waktu ni. Mama harap Dhia akan jadi anak yg baik macam dulu2...jd penolong mama n bahagiakan mama. I love u my princess!




Danish
Dah 3 hari Danish demam. Panas badan Danish turun naik. Aku pun dah 3 malam la tak cukup tido. Danish macam tak nyenyak n merengek jer. menyusu pun kurang. Sedih aku bila tgk Danish merengek. Sian dia...tak tahu nak luahkan apa yg disakitkan.
Buat Danish..mama harap sgt waktu ni Danish cepat sembuh. nanti kita boleh jalan2. jadi gak anak yg baik, yg kuat, yg happykan mama. I love u my precious!


Wednesday, November 4, 2009

Wajah Baru Danish

2 November 2009
Mama botakkan kepala Danish. Rambut yg halus2 tu mama bagi habis. Hahaha...dah macam anak cina anak mama kata papa. Patutla Danish nangis tak berenti haritu, rupanya penuh ruam kat kepala dia. Yerla kan tgh musim panas ni. Lepas jer botak trus nampak muka lega Danish. tido pun nyenyak jer. Takperla...nanti tumbuh semula rambut tu. sempat papa balik...ader balik rambut tu. nanti kita buat potong jambul eh...hehehe...

Sebelum



Selepas


Sunday, November 1, 2009

Sekali lagi..

Sepatutnya hubby dah balik dari kerja...dah boleh jumpa aku, Dhia n Danish. Tapi kerana tugas kena sambung lagi 2 bulan. Huwaaaa! Sedih bangat! Tapi takperla...ingat cari rezeki jer. Hubby lagi kesian kan...tak tgk lagi baby Danish. Cuma webcam jer pengubat rindu. Senyum simpul nampak...! Hahaha.
Yang bestnyer lak...hubby bagi duit untuk aku beli apa ajer yang aku suker. Thanks papa! Jgn takut tak abis duit tu....hehehhe...ader lagi duit makan.
Perkara2 yang aku belanjakan...herm...
1) Shopping
2) Beli kerusi jati yg aku idam2kan...dah tercapai!
3) Almari tv jati...hehehhe...dapat gak.
4) Syiling kapur...cantik sangat!
5) Tgh difikir2kan....bercuti kot. hahaha! (Boleh tak?)
Apapun...walaupun aku dapat semua yg aku nak...tapi hati aku tetap tak sehappy mana. Aku terlalu sunyi. terlalu rasa lemah menghadapi semua dugaan. Dan yg paling payah aku rasa dugaan menjaga anak2. Si Dhia semakin nakal n baby yg perlukan perhatian lebih. Kadang2 aku rasa terlalu penat.
Aku tahu hubby pun sama sedihnyer. Aku nampak dari air mukanya bila kita berwebcam. Sabar jer la sayang yer. Tak lama 2 bulan tu.
And aku tahu...bila hubby balik nanti pasti habuan bercuti untuk aku n anak2. bestnyer!
Pasti semuanya ada hikmah antara kau dan aku. Miss u so much papa!