Monday, December 24, 2007

Bila Dhia 5 bulan...




Cepatnya masa berlalu...Dhia dah pun 5 bulan. Cepat besar anak mama ni! Yang best masa ni masa raya haji...papa Dhia pun balik juga...dapatla kami bertiga berjalan sana sini sekeluarga. Seronok sangat. Sebab Dhia dah pandai tengok sana sini...dan yang paling best...Dhia dah pandai nak main kat playground. Bila tengok kakak n abang sepupu dia main...apalagi menggelitik kaki Dhia.
Kat taska pun macam tu...cikgu2 Dhia kata...asal petang jer nak pergi keluar. Nak duduk atas gelungsur. Muka serius jer...Dhia ni jarang senyum sekarang...pandang orang semacam jer....ish3! Bak kata kakchik...mak ayah manis...napernyer anak dia masam jer ni?
Ntahla....banyak masalah negara kot! Hahhahha....
Dhia pun dah pandai makan...taknak makan nestum...tapi makan yang keras2...sebab nak kunyah. Paling suker rotila...abis kalau dapat kat tangan dia.
Cepat sangat rasa masa berlalu.....

Sunday, October 7, 2007

Bila Dhia 3 bulan...


Dhia dah makin lasak sekarang. Umur dah 3 bulan. Hehehehe...semua benda nampak best pada Dhia.

Bila orang makan, Dhia mulalah hisap jari. Meleleh2 air liur. Tengok makanan betul2 macam nak telan. Kekadang bila duduk berdua kat rumah, tak sampai hati nak berbuka depan Dhia. Mesti Dhia tgk semacam. So, tunggu Dhia tidur barulah start makan.

Masa tidur pulak, lasak sangat. Dhia tidur dalam baby court. Tapi tak boleh letak apa2 kain kat
da;lam tu, mesti jadi bungkusan. Dhia dah pandai tarik kain tutup muka, tutup perut atau gosok mata. So tempat tidur Dhia memang clear la....bila malam dia mula buat2 tak selesa...nak tidur ngan mamanya.

Sekarang ni Dhia dah pandai meniarap. Kelakar sangat masa mula2 Dhia nak pusing. Beria2 ia Dhia. Kira cepat juga Dhia meniarap. So, memang tak boleh letak atas katil waktu ni. Takut dia guling2 bedebup jatuh.

Apapun, cepatnya masa berlalu! Dhia dah semakin bijak. Harap2 apa yang Dhia belajar jadi pencorak masa depannya. Berusahalah Dhia...banyak lagi cabaran di masa hadapan.

Saturday, August 11, 2007

Sian Dhia...

Sekarang ni Dhia tgh demam, selsema n susah bernafas.....mula2 aku ingat Dhia demam biasa. Memang kejap2 badan dia panas sangat. Beberapa malam aku tak dapat tido nyenyak sebab jaga dia takut badan Dhia panas. Berulang dari tempat kerja ke rawang sebab aku takut duduk rumah sorang dalam keadaan Dhia macam tu...memang letih..malam pulak tak dapat tido...baru aku tahu kasih ibu bagaimana.

Bila Dhia ok...aku gembira sangat...aku ingat Dhia dah sembuh dari demam biasa....tapi selsemanya makin teruk. Aku bawak jumpa pakar, lepas ambil darah doktor sedut lendiran dalam hidung Dhia...menangis sekuat hati Dhia masa tu. Memang sedih tgk anak kita menjerit...dengan aku2 sekali nangis. Lawak betul! Malu jer! Banyak sangat lendiran keluar.
Semalam, bila tgk Dhia macam dah sembuh, aku bawak dhia pg MPH bookfair....aku belikan Dhia buku2 yang berwarna-warni...Dhia suka sangat. Lepas tu kami tgk wayang..baru sepuluh minit wayang start...Dhia dah pun tido. Dalam panggung tu sejuk sangat....aku dengar Dhia macam bernafas kuat....risau sangat.
Tadi aku dapat result dari doktor...doktor kata darah Dhia ada jangkitan kuman dan mungkin Dhia boleh kena lelah. Malam tadi aku dengar nafas Dhia kuat sangat macam org berdengkur...sayu hati bila tahu anak kita tak sihat. Aku tak tahu apa nak buat...sedih menegenangkan si anak kecil terpaksa berdepan dengan kesukaran.....tapi satu jer...walaupun Dhia susah bernafas...Dhia tetap tersenyum....
Doakan Dhia cepat sembuh yer.....

Image002

Monday, July 9, 2007

Cerita Di Sebalik Kelahiran Dhia

Alhamdulillah aku telah pun selamat melahirkan baby girl yang bernama Dhia Nur Qaisara seberat 3.5kg (sekarang dah 6 kilo lebih) pada 8 Julai 2007 yang lalu. Pengalaman semasa bersalin amat indah bagi aku. Satu anugerah yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.

Aku dah pun masuk hospital pada 5 Julai kerana jantung baby tak kedengaran dengan baik. Pas tu kerana terlalu takut darah aku pun naik sehingga tahap yang membahayakan. Doktor menyarankan agar aku bersalin paksa. Bila dengar doktor kata bersalin paksa lebih menyakitkan...aku jadi terlalu takut. Yer la...aku ni manja sikit bab2 sakit ni....setiap saat asyik fikir macam mana rasanya yek...

Tapi yang peliknyer...aku tak rasa sakit langsung bila di masukkan ubat yang pertama...seterusnya dos yang kedua. Aku boleh berjalan ke sana ke sini...melawat di wad lain..kebetulan ramai juga org kampung aku yang masuk hospital. Sampai doktor pun marah...kerana aku boleh bersalin anytime.

7 Julai pukul 4 petang...bila doktor check...aku disahkan akan melahirkan baby tak lama lagi. Terlalu la gembiranya kerana aku tak sakit langsung. Bila masuk labour room...aku masih boleh bergurau senda dengan jururawat pelatih...bercerita dan bergelak ketawa. Doktor memberi aku dos terakhir yang akan mempercepatkan kelahiran. Padan muka aku!!!

Tepat pukul 8 malam...aku dah mula rasa sakit...mula2 sikit...lama2...makin sakit...dan makin teramat sakit. Sampai aku rasa macam nak pecah katil tu. Nasib baik ader AbangAmoy...walaupun menyakitkan hati sikit ( aduh suamiku!!!!!Dugaan betul!) Yang doktor pulak...lepas check bagi aku harapan..." sekejab lagi bolehlah awak bersalin!" tapi aku tgk jam...dah 12 jam aku sakit...bilernyer baby nak kuar ni....

Pukul 10 pagi 8 Julai 2007....lepas 14 jam sakit yang teramat sangat (doktor kata memang bersalin paksa 2 kali ganda sakitnya) doktor sahkan yang baby aku dah berpusing....walaupun aku dah bolehla bersalin...tapi merbahaya bagi baby kerana takut tali pusat menjerut leher....jadi aku pun terpaksa dibedah dengan segera....Dugaan betul...15 jam sakit last2 kena bedah....tapi itulah nikmat bagi seorang perempuan. Aku rasa akulah wanita yang gagah sekali sebab dapat melaluinya....heheheehe...

Pukul 11.45 pagi...aku selamat melahirkan baby yang comel sangat ( rupa papanya habislah!!!) rasa hilang semua kesakitan...hilang semua sakit pening...mabuk2 aku selama 6 bulan...dan bengkak2 kaki sepanjang pregnant. Melihat bayi yang comel!!!

Terima kasih tuhan atas nikmatmu ini. Buat rakan2 yang mendoakan, terima kasih banyak2! Bagi yang perempuan...bersalinlah ramai2...betul2 terasa bersih diri kita dari dosa bila kita berjaya melehirkan seorang hamba Allah di muka bumi ini. Bagi yang lelaki...belajarla menghargai isteri dan ibu anda!

Sunday, July 8, 2007

Aku kini bergelar Mama...!

Hari ni aku melahirkan anak yang cukup comel....bukti kekuasaan tuhan....Aku bersyukur sangat...walaupun terlalu lama aku menanggung sakit...hampir 15 jam...di masukkan pelbagai ubat supaya baby keluar dan akhirnya dibedah...tapi aku puas...kerana aku merasai nikmat tuhan yang paling agung...aku kini bergelar mama....terima kasih tuhan di atas nikmat mu ini! Aku namakan baby comel ini Dhia Nur Qaisara...Sinaran cahaya permaisuriku! Semoga Dhia terus menyinariku. Dhia lah teman dan pengubat hatiku...dan moga senyumannya menjadi penawar kedukaan ku. Mama sayang sangat Dhia....