Alhamdulillah aku telah pun selamat melahirkan baby girl yang bernama Dhia Nur Qaisara seberat 3.5kg (sekarang dah 6 kilo lebih) pada 8 Julai 2007 yang lalu. Pengalaman semasa bersalin amat indah bagi aku. Satu anugerah yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Aku dah pun masuk hospital pada 5 Julai kerana jantung baby tak kedengaran dengan baik. Pas tu kerana terlalu takut darah aku pun naik sehingga tahap yang membahayakan. Doktor menyarankan agar aku bersalin paksa. Bila dengar doktor kata bersalin paksa lebih menyakitkan...aku jadi terlalu takut. Yer la...aku ni manja sikit bab2 sakit ni....setiap saat asyik fikir macam mana rasanya yek...
Tapi yang peliknyer...aku tak rasa sakit langsung bila di masukkan ubat yang pertama...seterusnya dos yang kedua. Aku boleh berjalan ke sana ke sini...melawat di wad lain..kebetulan ramai juga org kampung aku yang masuk hospital. Sampai doktor pun marah...kerana aku boleh bersalin anytime.
7 Julai pukul 4 petang...bila doktor check...aku disahkan akan melahirkan baby tak lama lagi. Terlalu la gembiranya kerana aku tak sakit langsung. Bila masuk labour room...aku masih boleh bergurau senda dengan jururawat pelatih...bercerita dan bergelak ketawa. Doktor memberi aku dos terakhir yang akan mempercepatkan kelahiran. Padan muka aku!!!
Tepat pukul 8 malam...aku dah mula rasa sakit...mula2 sikit...lama2...makin sakit...dan makin teramat sakit. Sampai aku rasa macam nak pecah katil tu. Nasib baik ader AbangAmoy...walaupun menyakitkan hati sikit ( aduh suamiku!!!!!Dugaan betul!) Yang doktor pulak...lepas check bagi aku harapan..." sekejab lagi bolehlah awak bersalin!" tapi aku tgk jam...dah 12 jam aku sakit...bilernyer baby nak kuar ni....
Pukul 10 pagi 8 Julai 2007....lepas 14 jam sakit yang teramat sangat (doktor kata memang bersalin paksa 2 kali ganda sakitnya) doktor sahkan yang baby aku dah berpusing....walaupun aku dah bolehla bersalin...tapi merbahaya bagi baby kerana takut tali pusat menjerut leher....jadi aku pun terpaksa dibedah dengan segera....Dugaan betul...15 jam sakit last2 kena bedah....tapi itulah nikmat bagi seorang perempuan. Aku rasa akulah wanita yang gagah sekali sebab dapat melaluinya....heheheehe...
Pukul 11.45 pagi...aku selamat melahirkan baby yang comel sangat ( rupa papanya habislah!!!) rasa hilang semua kesakitan...hilang semua sakit pening...mabuk2 aku selama 6 bulan...dan bengkak2 kaki sepanjang pregnant. Melihat bayi yang comel!!!
Terima kasih tuhan atas nikmatmu ini. Buat rakan2 yang mendoakan, terima kasih banyak2! Bagi yang perempuan...bersalinlah ramai2...betul2 terasa bersih diri kita dari dosa bila kita berjaya melehirkan seorang hamba Allah di muka bumi ini. Bagi yang lelaki...belajarla menghargai isteri dan ibu anda!
No comments:
Post a Comment