Thursday, May 15, 2008

Alhamdulillah!

Alhamdulillah..syukur...itu saja yang dapat aku ucapkan untuk menggambarkan kehidupanku. idup bertambah baik. Penuh dengan aktiviti kasih dan sayang kepada Dhia. Everyday dengan baby yang sedang meningkat memang mencabar. Tapi seronok...hai terasa begitu cepat. Dah sebulan aku menjadi ibu sepenuh masa....wah!
Semuanya ok...Dhia semakin nakal dan cerdik. Dhia dah sepuluh bulan. Sorryla...tak dapat nak masukkan gambar terbaru kerana masalah tertentu. Dhia dah ada 5 batang gigi. Dah mula berdiri sendiri. Orang tua kata sebulan lagi jalan la tu...hehehe...Dhia dah susut..turun 2 kg...nak ringankan badan berjalan la tu. Tapi napakla tinggi sikit.
Harini aku ke Sarawak...Dhia baik sangat...dia tak nangis langsung...seakan tahu dirinya di awangan...Dhia mengamati permandangan dari tingkap kapal terbang tadi. Hampir setengah penumpang mencuit Dhia...penyeri penerbangan...moga2 jadi penyeri semua...membahagiakan.
Nanti kalau ada rezeki aku bercerita lagi...ni dah nak layan Dhia semula....Dhia merengek minta dimanja...heehhee...

No comments: