Saturday, November 7, 2009

Dua Permata

Dhia
Sian Dhia...teruk kena marah sekarang...nakal sgt Dhia sekarang. Tapi bab rajin memang tak dapat disangkal. Dialah penolong aku. "Dhia..tolong ambik pampers"..."pampers mama"...tolong itu, tolong ini...semua hia tolong. Thanks sayang. Tapi yang tak bestnyer bila nakal dia datang. Sekarang ni Dhia rajin sgt nak conteng dinding...habis umah atuk dia. Lagi satu kuat jalan. yang jadi mangsa atuk dia juga, kena bawak Dhia ke mana sahaja. Tempat yang paling Dhia suka warungla. Setiap pagi n petang. Roti telur n nescafe. Ramai org kampung ni yang Dhia kenal dari aku. Tak kurang juga cina2 tua kampung ni memangla suka kat Dhia. Siap yg datang umah lagi ajak gi warung. Penyeri warung kampung lak dia ni.
Apa2 pun kadang2 macam tu la bila dah ader anak lebih dari satu...yg tua pasti kena marah. Dan memangla azalinya yg tua tu akan buat perangai...dan aku yg kurang sabar ni memangla mudah nak marah n denda dia. Maafkan mama yer...tapi Dhia memangla nakal waktu ni. Mama harap Dhia akan jadi anak yg baik macam dulu2...jd penolong mama n bahagiakan mama. I love u my princess!




Danish
Dah 3 hari Danish demam. Panas badan Danish turun naik. Aku pun dah 3 malam la tak cukup tido. Danish macam tak nyenyak n merengek jer. menyusu pun kurang. Sedih aku bila tgk Danish merengek. Sian dia...tak tahu nak luahkan apa yg disakitkan.
Buat Danish..mama harap sgt waktu ni Danish cepat sembuh. nanti kita boleh jalan2. jadi gak anak yg baik, yg kuat, yg happykan mama. I love u my precious!


Wednesday, November 4, 2009

Wajah Baru Danish

2 November 2009
Mama botakkan kepala Danish. Rambut yg halus2 tu mama bagi habis. Hahaha...dah macam anak cina anak mama kata papa. Patutla Danish nangis tak berenti haritu, rupanya penuh ruam kat kepala dia. Yerla kan tgh musim panas ni. Lepas jer botak trus nampak muka lega Danish. tido pun nyenyak jer. Takperla...nanti tumbuh semula rambut tu. sempat papa balik...ader balik rambut tu. nanti kita buat potong jambul eh...hehehe...

Sebelum



Selepas


Sunday, November 1, 2009

Sekali lagi..

Sepatutnya hubby dah balik dari kerja...dah boleh jumpa aku, Dhia n Danish. Tapi kerana tugas kena sambung lagi 2 bulan. Huwaaaa! Sedih bangat! Tapi takperla...ingat cari rezeki jer. Hubby lagi kesian kan...tak tgk lagi baby Danish. Cuma webcam jer pengubat rindu. Senyum simpul nampak...! Hahaha.
Yang bestnyer lak...hubby bagi duit untuk aku beli apa ajer yang aku suker. Thanks papa! Jgn takut tak abis duit tu....hehehhe...ader lagi duit makan.
Perkara2 yang aku belanjakan...herm...
1) Shopping
2) Beli kerusi jati yg aku idam2kan...dah tercapai!
3) Almari tv jati...hehehhe...dapat gak.
4) Syiling kapur...cantik sangat!
5) Tgh difikir2kan....bercuti kot. hahaha! (Boleh tak?)
Apapun...walaupun aku dapat semua yg aku nak...tapi hati aku tetap tak sehappy mana. Aku terlalu sunyi. terlalu rasa lemah menghadapi semua dugaan. Dan yg paling payah aku rasa dugaan menjaga anak2. Si Dhia semakin nakal n baby yg perlukan perhatian lebih. Kadang2 aku rasa terlalu penat.
Aku tahu hubby pun sama sedihnyer. Aku nampak dari air mukanya bila kita berwebcam. Sabar jer la sayang yer. Tak lama 2 bulan tu.
And aku tahu...bila hubby balik nanti pasti habuan bercuti untuk aku n anak2. bestnyer!
Pasti semuanya ada hikmah antara kau dan aku. Miss u so much papa!

Tuesday, October 6, 2009

Permata Hati Kedua


Alhamdulillah semuanya telah selamat!

Aku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4kg (setakat minggu kelahirannya dialah baby terbesar) secara pembedahan pada 28 September 2009 di Hospital Segamat jam 11.12 pagi.

Naper operation lagi? Fuh susah nak cakap...dugaan tuhan! Dan mungkin ada hikmah aku takkan ader anak yg ramai seperti yg dirancang. Hanya 3 peluang dari 8 yang dikehendaki. Takperla...tuhan mengetahui segalanya.

24 hb.. aku disahkan air ketuban telah berkurang ke tahap yg mungkin membahayakan. doktor kata aku tak boleh dipaksa bersalin kerana luka lama masih baru..ubat gesa tu akan bahayakan luka tu.

27hb..air ketuban menjadi tahap yg mebahayakan baby aku. Ader kontraksi yg menunjukkan aku boleh bersalin malam tu. Doktor menjangkakan anakku hanya 3kg ke 3.5kg. jika lebih, dan jika aku bersalin normal...ader kemungkinan jahitan lama akan terkoyak akibat kontraksi atau kelahiran besar tersebut dan perlu dibedah untuk menjahitnya...2 kali sakit.

Malam tu aku berdoa pada tuhan...jika ditakdirkan aku bersalin normal aku redha bersakit2. Tapi jika takdirnya aku bersalin operate aku juga redha....makanya tidak bersalin la aku...

28hb..doktor bergegas suruh aku bersiap untuk operation. Fuh...takut sungguh. Dulu aku ambik 1st class...seuanya ok..tak sakit. Ubat mahal, layanan pun ok. Kali ni memang betul...ubat epidural tu jer dah menyakitkan aku...lepas operate jgn cakap...2 hari aku menangis kesakitan. Ubat tahan sakit pun dah tak jalan.

Tapi memang berbaloi....4kg tu...alhamdulillah..dah sepasang anak mama.

Buat Muhammad Danish Amsyar...selamat datang ke dunia mama n papa. Jadi anak yg baik dan terbaik.

Buat Dhia Nur Qaisara...jgn nakal2 yer...mama tetap sayang kamu!

Buat suamiku...itulah bukti kasih isteri buat kamu!

Monday, September 14, 2009

Erti Sunyi!

Buat pertama kali aku terasa sungguh sunyi. Setiap malam pasti tak dapat tido. Masa tula aku akan kenang masa lepas2 atau berangan masa depan yg tak tahu betul akan jadinya atau pun tak. Malam tadi aku betul2 sedih. Mula2 berangan yg best2...tetiba teringat akan bersalin sorang2. Sedihnyer...bayangkan sakitnya, bayangkan takder insan yg bernama Norman tu...waaaa! Masa Dhia dulu 15 jam aku kat labour room...bertarung nyawa dengan paksaan bersalin. Hubby aku sentiasa kat sisi aku...bertahan. Yg ni aku rasa memang sah 15 minit jer aku mesti dah meraung..."Bedah jer la doktor!" Hahaha...betul ker? Kuat tak aku nanti...
Tadi berbual ngan hubby...walaupun putus2 gangguan internet ni..aku dapat rasa hubby pun sedih...aku tahu dia juga sunyi...dia juga berangan dan mengenangkan...dia juga sedih...tuhan berikanlah aku kekuatan....Papa, doakan mama kuat yer....
Sunyinyer aku malam ni!

Sunday, September 13, 2009

2 Bulan Yang Meletihkan!

Ha...dah lama aku tak update. malas nak buka laptop satu hal, tak cukup masa pun satu hal. 2 bulan ni jadual hidup aku memang penuh. Bila si husband balik apa lagi...round the world la...hampir setiap hari jadual memang penuh. Jalan sana jalan sini.
Masa minggu pertama hubby balik kami sekeluarga bercuti ke Genting. Masa tu aku pregnant 7 bulan tapi gagah juga berjalan. Sian kat Dhia sebab lama tunggu papa dia balik nak gi genting. Bila dapat pergi bukan main seronok la Dhia dapat main puas2 kat sana.
Balik dari Genting kami singgah lak Janda Baik. Sebenarnya kereta buat hal. Hahaha...nak jadi cerita...dapat la tido semalam kat sana. Thanks Iwan n Fara sebab tolong kitorang masa kat sana. Dapat tido di resort yg selesa n dapat mandi manda lak si Dhia. Atuk Dhia pun suka bangat kat sana. Terkenang lak zaman aku kerjer kat Bukit Tinggi dulu. Tempat lepak!
Balik dari Janda baik kami ke Bukit Tinggi Resort...tempat org kaya! Just lepak2 n ambik gambar. nasib baik aku ader member kat situ so dapat la masuk free.
Selesai pecutian seminggu tu...kami bertiga sibuk ke Kuantan 2 hari. melawat kakak hubby aku. Then boleh lak kami bawak Atuk mak si Dhia ke Perak...hehehe tengok cicit first Atuk mak. Cucu sedara aku ler.... Masa kat Perak, berjalan lak kat penang. Banyaknyer negeri yang aku n family lawati.
Balik dari Perak, bershopping lak. Ha...penatnyer..KL, IKEA, SOGO, Sunway, Melaka, MP, JUSCO,Dataran Pahlawan....semua aku pergi dengan perut ni. Gagah tak gagah la.
Bulan puasa ni aku berniaga lak. Bisnes konon. Yong Tau Foo, Ayam percik, Kuih raya...semua ambik. Hari ketiga puasa...hubby kena gi kerja...sedih tapi dah tugas dia...takperla. Yang aku sedih sangat lebaran ni hubby takder bersama kami...bertugas...n yg paling memilukan masa aku bersalin pun hubby tak dapat berada di sisi aku. Ntahla...mesti 15 minit aku dah meraung!
Dah 15 hari aku berniaga...tetiba doktor kata aku sudah bersedia untuk bersalin. 2 atau 3 minggu lagi...so hubby aku suruh stopkan perniagaan. Ni la dah datang tahap bosan. Dah habis shopping...dah setiap hari pergi bazar...apa lagi yang aku nak buat yer.....
Yang bestnyer Dhia la...everyday jalan. yang sedih pasti hubby aku...sorry yer...terhabiskan duit gaji bulan lepas. Sorry bebanyak.
Apa2 pun aku memang cukup letih. Cepatla kuar baby ni....nak rehat puas2.Kengkawan doakan aku senang bersalin yer n takder masalah. Maklumlah...aku kesorangan...huhuhu.
(gambar tak dapat dilampirkan sebab broadband aku ni lembab nak download...lain kali la yer!)

Thursday, May 7, 2009

Ke Sibu

Perjalanan ke Sibu memang mencabar. Mulanya kami ingat nak naik flight jer ke sana. Kebetulan abang ipar aku ambil cuti, so Kak Aida kata naik kereta jer la...jimat sikit. Jimat memang jimat. Berganda2. tapi...ha...ni yang tak tahan. Perjalan hampir 7 jam. Fuh...sampai mabuk teruk aku. Perjalanan naik turun gunung n jalan yang tak rata. Tapi yang bestnya banyak pemandangan yang menarik dapat dilihat. Antaranya rumah panjang, tanaman padi gunung n bentuk2 rumah org sini yang pelbagai rupa. Sampai di Sibu kami terus ke rumah Pakcik Mamat. Pakcik Mamat ni adik ayah aku. Dia berkahwin dengan makcik aku yang memang asal org Sibu dan menetap terus di situ. Sedap hidangan yang disediakan untuk kami. Daging masak hitam. Memang makanan org Sarawak. Nyaman!(maksudnya sedap). Lepas tu kami check-in di Hotel yang ditempah untuk kami. best dapat baring sekejab. Bergegas semula ke rumah Pakcik aku untuk majlis pernikahan. Cantik Fadhiah. Majlis tu dibuat simple tapi menarik. Satu adat org Sarawak yang baru aku tengok, mereka bersalam dengan ibu bapa disertakan mencium lutut mereka. Satu yang baru bagi aku.

Keesokkan harinya, majlis resepsi di Dewan berdekatan rumah pakcik aku. Meriah sangat. Siap dengan tarian dari budak2 sekolah, makanan yang sedap2 n satu lagi adat yang baru...main lumba2 pengantin mana yang dapat suap nasi minyak dahulu. Memang kelakar saat tu. Apapun, memang best majlis kat Sibu. Semoga bahagia Fadhiah. Si cun!



Petang tu kami ke bukit Aub pula...Bukit Aub ni terletak dekat dengan sekolah abg Jie. Abang ipar aku kat asal Sibu juga. So, dia bawa kami ronda la pula bandar Sibu. Bukit Aub ni memang taman yang cantik. Ada tasik yang besar, kawasan bukit yang boleh didaki dan mencabar kerana ada jambatan gantung yang menghubungkan satu bukit ke satu bukit. Kerana aku sedang pregnant jadi tak la aku naik ke sana. hahahaha...yang benarnya takut! Yang seronok bebudak ni la sebab dapat main puas2! Esoknya kami pulang ke Kuching...Perjalan yang sama...penat sungguh!

Minggu Pertama

Minggu pertama haritu kami tak berjalan sangat. aku masih lagi mabuk sikit2. Mak pun kurang sihat. Jadi, kami hanya duduk di rumah...sampai Dhia yang kebosanan membuli saja Irdhina. Teruk Dhina n Amir dibuli. Dhia jadi manja giler...semua kehendak, abang n kakak dia kena patuhi.

Masa malam lak kami penuhi dengan jalan2 sekitar rumah Kak Aida jer...apalagi...jalan2 cari makan la. Antara tempat yang kitorang pergi, Pasar Satok, MJC, Waterfront (makan pisang goreng n air teh yang speacial - dibuat dari gula apong dan berwarna warni.).

Hari minggu tu la baru kami berjalan. Pergi ke Santubung...punyalah jauh. abang ipar aku takder, ke KL untuk Pesta buku. Jadi, aku la yang kena bawak kereta. Ingatkan dekat, bawak punya bawak hampir sejam baru sampai ke Pantai Santubung. Tapi malnagnya, laut masa kami pergi tu tengah surut. Jauh bermeter2 airnya...frust Dhia tak dapat mandi. Lepas tu kami pergila ke kampung Budaya, ingatkan nak masuk. Belum sampai ke pintu utama...Dhia dah buat hal...susah nak mengendalikan Dhia tanpa lelaki. Jadi tak dapatlah kami melawat ke situ. Frust!
Yang lainnya...kami cuma ronda2 bandar Kuching...habis pusing semua tempat...tak boleh singgah sebab Dhia aktif...hahahha...tengok dari tingkap kereta jerla...yang boleh...pergi makan2 jer la.

Monday, April 20, 2009

Berlepas ke Sarawak

Ahad 19 April 2009
Harini bertolak lah aku, Dhia n mak ke Sarawak. Excited la Dhia dapat jalan. Bila naik flight tak reti duk diam dia. Mula2 macam gayat...lepas tu terus jer buat bising. Pramugara2 kat dalam tu sibuk layan Dhia. Banyaklah mulut dia. Pelat pun belasah nak bercakap gak. Bila sampai kat Sarawak, Dhia nampak jer akak aku terus nak berlari. Gembira Dhia dapat jumpa sepupu sepapat dia. Lepas tu kitorang gi shopping kat The Spring. Banyak gak kopak...semua barang Dhia la. Lepas tu balik, makan n berehat. Nanti bila kami jalan, aku upload lagi yer!

Thursday, April 16, 2009

Percutian Cherating

Alhamdulillah aku sudah pun beransur sembuh. Kesempatan ini aku gunakan pergi bercuti bawa Dhia. Sian Dhia dah berbulan terperap kat rumah. Sambil umah adik aku kat Terengganu, aku pun ambil peluang pergi ke Cherating.
Seronok Dhia jumpa air. Belum sempat tukar baju dia dah ke laut. Berani betul. Sorang2 jer berlari turun ke kaki air. Kat situ juga aku baju dia...ketawa kekek2 dia jumpa air. Puas betul Dhia main air laut.
Dan masa tu juga la hati aku sayu...di laut yang sama suami tercinta sedang mencari rezeki. Sekarang dia kat Miri...apa lagi aku pun katalah..."Angin sampaikan rindu aku eh...ombak sampaikan salam aku!" Hahaha jiwang! tapi memang sayu!
Tapi semuanya terubat bila aku tanya Dhia..." Papa mana?" Dhia spontan jawap dengan pelat..."Papa eje...cayi uwit..Dhia...mama...baby!" Bijak anak mama! Takperla...nanti papa balik kita jalan sama2 eh!
Insyaallah minggu depan aku n Dhia akan ke Sarawak pula...nanti aku upload gambar n cerita percutian ke sana lak. Jumpa lagi.

Saturday, March 28, 2009

Akhirnya!

Setelah sekian lamanya aku menyepi.aku kembali. Hehehe..banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku selama aku tidak menulis. Tapi yang pentingnya...aku akan menambah lagi buah hati aku. Teruk juga aku mabuk...sama macam masa aku pregnantkan Dhia dulu. Tapi, aku kena bersabar demi nak hasilkan anak yang comel buat suami dan diri aku sendiri. Bosan juga duduk di rumah. Thanks suamiku kerana belikan broadband untuk aku....hehehhee...taklah bosan. setiap masa aku boleh godeh laptop ni. Maklumlah...dia yang tak bagi buat apa2...kejer tak leh...boring...
Dhia? Dah besar Dhia sekarang. Dah pandai menjawap. Banyak perkataan yang Dhia dah tahu. Nakal sangat. kuat berjalan. Ramai yang berkenan nak bawak jalan lak...selalu Dhia tinggalkan aku. Tapi takperla....Dhia pun mesti bosan asyik tgk aku terbaring mabuk.
Yang lain semuanya ok...hidup ok...rumahtangga ok, rumah ok semuanya ok. Alhamdulillah. Nanti aku upload gambar yer...tunggguuu!